Jangan pandang remeh dengan masalah sukar tidur berpanjangan!

Berikut adalah 5 kesan buruk terbesar sukar tidur malam dalam jangkamasa berpanjangan:

Gangguan Kognitif (Gagal Fokus)

Kurang tidur secara berterusan boleh menyebabkan gangguan kognitif seperti kesukaran memfokus, mengingat sebarang maklumat dan info, juga sukar membuat keputusan yang tepat. Ini boleh mengganggu prestasi di tempat kerja atau di sekolah, universiti bagi pelajar.

Kesihatan Mental

Berkait rapat dengan masalah kesihatan mental seperti kecemasan dan kemurungan yang biasanya berkait rapat dengan ‘anxiety’. Kurang tidur juga boleh mempengaruhi keseimbangan kimia otak, menyebabkan perasaan dan emosi yang tidak stabil dalam kehidupan seharian.

Risiko Kesihatan Fizikal

Ada risiko meningkatnya pelbagai penyakit fizikal termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, dan kegemukan. Tubuh kita ini memerlukan tidur dan rehat yang mencukupi untuk pemulihan dan penyelenggaraan kesihatan yang baik.

Penurunan Prestasi Fizikal

Kurang tidur juga boleh menyebabkan penurunan prestasi fizikal seperti kelesuan, keletihan yang berpanjangan, dan penurunan daya tahan. Ini boleh memberi kesan kepada prestasi atletik, aktiviti fizikal harian, dan kebolehan untuk menangani tekanan baik fisikal hinggalah emosi.

Bahaya Keselamatan

Antara perkara penting yang kurang disedari, bahawa kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan di siang hari, bahkan sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya misalnya yang biasa kita dengar istilah ‘micro-sleep’, kemalangan industri tempat kerja terutama yang berkaitan mesin, atau kecuaian lain yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
So kesimpulannya, ada sangat banyak kesan buruk berpunca dari kurang tidur dan tidak mendapat tidur yang berkualiti ini, ia sebenarnya sangat penting demi kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Bak kata orang dulu-dulu; “Badan kita ni kalau boleh, kita nak pakai lama”.

 

.